. . .

Sambutan Ambang Kemerdekaan 2018

SMSKB, 30 Ogos 2018, Khamis, Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-61 telah berjaya dijalankan di luar Dewan Makan Seri Jenerih SM Sains Kepala Batas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada malam berikut. Antaranya seperti bacaan Yassin, tayangan filem, nyanyian lagu patriotik dan laungan kemerdekaan yang diketuai oleh Ketua Pelajar 2018, Sdr.Muhammad Zuhairi bin Zawawi (Zenith 1418). Sambutan ini bertujuan bagi mengingati perjuangan tokoh-tokoh terdahulu yang telah berkorban nyawa bagi mempertahankan tanah air kita, Malaysia yang tercinta.

Countdown 30 saat terakhir dilakukan dengan penuh rasa teruja bersama semua pelajar, guru dan warga sekolah yang hadir.┬áTepat jam 12 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan dan Jalur Gemilang dinaikkan, sorakan dan laungan ‘Merdeka’ penuh menggegarkan bumi SMSKB sebanyak 7 kali juga diketuai oleh Ketua Pelajar 2018, Sdr.Muhammad Zuhairi bin Zawawi. Sambutan diakhiri dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Malaysia, Negaraku dan Lagu Tema Kemerdekaan ke-61, Ini Kita Punya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *